Set Bersalin Danita
Set Bersalin Danita

As Salam Puan,

 

Ramai ibu-ibu muda zaman sekarang ambil mudah persediaan BERPANTANG ni. Tak kisahkah bersalin normal ataupun ceaser, WAJIB BERPANTANG!

Disebabkan ibu-ibu 'CULAS' ketika BERPANTANG, kes-kes seperti kat bawah ni sering berlaku:

Jadi, Apa Yang Perlu Puan Lakukan Untuk Mengelakkan Masalah Ni?

Nak BERPANTANG, mestilah dengan cara yang betul. Jangan buat secara 'MEMBUTA-TULI', nanti takut menyusahkan diri sendiri pula.

Nenek moyang kita dah lama ajarkan cara BERPANTANG yang betul. Yelah, orang tua lagi awal makan garam dari kita ye tak? Antaranya:

  • Berurut, paling penting untuk melegakan sengal-sengal otot dan urat-urat tersimpul. Ia juga boleh bantu menenangkan ibu-ibu BERPANTANG.
  • Bertungku dapat bantu mengecutkan rahim, keluarkan angin dan mengeluarkan darah kotor dengan lebih cepat. Orang dulu-dulu bertungku dengan batu sungai yang dipanaskan dan dibalut dengan daun-daun herba.
  • Mandi herba pula membantu memberi kesegaran pada tubuh. Antara herba yang sering digunakan adalah daun serai wangi, daun pandan, daun inai dan sebagainya.
  • Pilis dan param pula untuk mengelakkan pening-pening kepala, juga mengelakkan angin masuk dalam tubuh.
  • Berbengkung ni SANGAT PENTING tak kira bersalin normal ataupun Ceaserean untuk menghalang peranakan turun dan mengembalikan semula bentuk tubuh yang ramping. Juga untuk menguatkan otot-otot perut dan pinggul. Pemilihan bengkung boleh mengikut kesesuaian dan keselesaan

 

OK, dah la tu.. Cukup-cukupla saya cerita pasal kebaikan dan keperluan BERPANTANG yang betul. Puan dah dapat ‘the whole picture’kan?

Tentu Puan tertanya-tanyakan?

Mana NAK CARI benda-benda ni semua?

Jangan risau...

 

Memperkenalkan Set Bersalin Warisan Turun Temurun Yang Terbukti Berkesan

 

Set Bersalin Danita

Set Bersalin Danita dirumus khas dari 100% bahan alami yang amat sesuai untuk para ibu yang menjalani proses berpantang mengikut amalamn turun-temurun nenek moyang kita. Amalan ini terbukti dapat mempercepatkan proses ibu berpantang pulih dan kembali sihat serta cantik persis anak dara kembali. Set ini juga sesuai digunakan samada bersalin secara normal ataupun Ceaserean

 

 

Mari Kita Lihat Apa Komponen-Komponen Dalam Set Bersalin Danita

 

Minyak Serai Wangi (Bernilai RM39)

 

Serai wangi memang popular dalam perubatan tradisional Melayu. Antara ciri-ciri dan kelebihan Minyak Serai Wangi adalah:

  • Berbau harum macam minyak aromaterapi, melegakan dan selesa!
  • Tak panas, jadi memang sesuai digunakan sebagai minyak urut
  • Juga boleh legakan perut kembung, senggugut, merawat gigitan binatang berbisa dan lain – lain

 

Tungku Besi bersama Sarung Tungku Herba (Bernilai RM85/set)

Tungku bukan sebarang tungku. Tungku Besi dan Sarung Tungku Herba dalam Set Bersalin Danita ni memang 'special'.

  • Tungku diperbuat daripada besi tulen, berat kira-kira 2kg, dengan ‘design’ yang mudah dipegang
  • Sarung Tungku Herba dibuat dari kain belacu yang telah dimasukkan daun-daun kayu herba terpilih dan dijahit kemas
  • Dengan Tungku Besi dan Sarung Tungku Herba ni, ibu-ibu boleh bertungku ‘anytime’ dengan mudah, lebih cepat, selesa dan senang hati.
  • Lagi BEST, Tungku Besi ni panasnya memang TAHAN LAMA, LEBIH 1 JAM! Bolehlah anda bertungku sepuasnya!

Langkah demi langkah bertungku menggunakan Tungku Besi dan sarung Tungku Herba

  1.  Pastikan api TIDAK terlalu besar dan tungku TIDAK terlalu panas.. balut tungku dengan kain terlebih dahulu atau masukkan daun2 yg lembut urat seperti daun pandan, daun mengkudu, daun bunga kantan atau yg sesuai kedalam sarung herba untuk membantu melambatkan  sarung dari terbakar.kemudian baru dimasukkan ke dalam SARUNG HERBA(pastikan betul2 tebal dan boleh menampung kepanasan tungku besi)

  2. Tungku yg TERLALU PANAS boleh menyebabkan SARUNG HERBA TERBAKAR..
  3. JANGAN BASUH sarung herba
  4. Simpan semula sarung herba di dalam bekas tertutup/plastik jika sudah benar2 sejuk utk tahan lama
  5. Cuba dengan tapak tangan sebelum meletak ke badan anda. Jika masih lambat utk merasa bahang kepanasan, boleh dipijak atau duduk utk mengeluarkan kepanasan haba.
  6. Mulakan bertungku dengan meletakkannya di bahagian hulu hati.tekan perlahan-lahan sehingga boleh menggelamkan sedikit tungku tersebut. ini akan membantu melembutkan bahagian hulu hati.bahagian  tersebut kerap mengeras akibat gumpalan angin yangberpunca daripada penyekatan lendir. salah satu tanda pemacahan angin lendir ialah bunyi seperti derai kocakan air dan seterusnya memudahkan rawatan bertungku.
  7. Dari hulu hati tungku diletakkan ke sekeliling perut dan melakukan 'cungkilan'di bahagian CAWAN PEHA berhampiran kiri serta kanan bahagian ari-ari.
  8. Lletakkan tungku di atas TUNDUN buat seketika sebelum melakukan cungkilan di bahagian ari-ari secara lembut dan perlahan-lahan seperti 'mencuit' kedudukan rahim
  9. Lakukan rawatan bertungku ini berulang kali selama setengah jam dan teruskan ke bahagian paha,celahan paha ,lutut ,bahagian kaki, serta tapak kaki.
  10. Tamatkan brtungku dengan meletakkannya di bawah pembukaan faraj dalam posisi duduk atau kepit tungku besi di celahan paha berhampiran tundun. kemudian bidan menyudahi rawatan ini dengan urutan di bahagian bahu dan kepala ibu.
  11. Selepas sebulan menjalani rawatan,apabila tungku besi boleh tenggelam atau dibenamkan ke bahagian -bahagian yang ditungku iaitu hulu hati ,perut ,ari-ari serta peranakan ,ibu bersalin akan berasa berat tungku besi itu sampai ke tulang belakang . ini menandakan rahim sudah mengecut dan balik ke rumahnya dengan sempurna ,dan ibu akan trasa seluruh tubuh kemas rapi dan sihat.

**Bagi yang bersalin secara Ceserean boleh bertungku di semua tempat kecuali bahagian pembedahan sahaja**

 

 

Mandian Herba Aura (Bernilai RM55 untuk 3 uncang)

Mandian Herba Aura ni satu lagi ‘signature product’ Set Bersalin Danita.

1 set mengandungi 3 bunjut:-

  • Menyegarkan kembali badan terutama kepada ibu selepas bersalin
  • Mengatasi masalah kebas-kebas dengan melancarkan peredaran darah, membuang angin, melembutkan urat saraf
  • Mengurangkan sengal tulang, sendi dan otot akibat proses meneran semasa kelahiran bayi

KANDUNGAN:
Daun herba terpilih seperti Daun Capa, Daun Meringan, Daun Serai Wangi, Daun Inai, Daun Pandan, Daun Lamuni, Daun Pisang Kelat

CARA PENGGUNAAN:

  1. Ambil 1 bunjut mandian herba.
  2. Masukkan ke dalam periuk dan rebus bersama 2 liter air sehingga mendidih.
  3.  Masukkan air yg mendidih tadi ke dalam baldi. 
  4. Campurkan dengan air biasa mengikut tahap kepanasan yang bersesuaian.
  5. Bunjut mandian tadi boleh digunakan untuk direbus semula sehingga hilang warna dan bau. 

Anggaran 1 bunjut = 4-5 kali rebusan ataupun selagi ada bau herba boleh guna lagi

 

 

 

Bengkung Tradisional (Zig Zag Berzip) (Bernilai RM70 utk Size S dan Free Size)

Bengkung Zig Zag Berzip direka khas untuk para ibu yang baru jer bersalin. Materialnya kain kasa belacu yang tebal dan lembut, dilapik dengan kain cotton maroon dibahagian depan supaya ibu lebih selesa memakainya. Warna coklat yang gelap mengelakkan bengkung cepat kelihatan kotor apabila terkena herba yang disapu pada perut sebelum berbengkung. Bengkung ini direka untuk menutup seluruh kawasan perut meliputi bawah payu dara hingga mencecah paras bawah pinggul. Penambahan zip pada bengkung memudahkan ibu- ibu untuk ke tandas dengan hanya dengan membuka zip. Kelebihan Bengkung Zig Zag Berzip:

  • Mudah dan selesa dipakai
  • Mengikut saiz tubuh anda
  • Diperbuat daripada kain yang tebal dan tahan lama
  • Mudah dibersihkan
  • Mudah untuk ke tandas

Saiz Bengkung (pinggang) (S) dan (Free size) muat untuk orang bersize M - XL labuh bengkung 20 inci

 

 

 

 

  Boreh Panas (Bernilai RM29 seunit)

Boreh Panas boleh digunakan sebagai param, pilis, atau lulur.

Cara menggunakan  pilis atau param, cuma campurkan Boreh Panas dengan sedikit air. Ibu boleh sapukan pada dahi (pilis) untuk menghilangkan pening kepala atau rasa nak pitam, juga pada badan (param) untuk megelakkan angin masuk ke dalam tubuh.

Pemakai pilis/param akan merasa nyaman dan berangin, jadi jika ibu rasa mengantuk dan letih dapat dielakkan. Boleh la FOKUS jaga baby kan!

untuk lulur, lagi best campurkan dengan susu.

Multifunction! Boleh juga digunakan diperut ketika berbengkung, hanya campurkan dengan perahan limau nipis dan kapur

 

 

 

 

Tungku Baby Danita (Bernilai RM15)

Kebaikan tungku baby :-

- membuang angin dan mengelakkan kembung pe rut
- melegakan angin pasang bg bayi lelaki
- melegakan lebam dan bengkak akibat terjatuh atau terhentak


 

 

Balm Baby Danita (Bernilai RM25)

 

- Baik untuk urutan badan bayi selepas mandi , untuk kembung perut , angin pasang untuk bayi lelaki dan kencing malam..

- Balm ni tidak panas dan sesuai untuk kegunaan harian...

 

Perkongsian Dari Puan Raihan...Kami tak edit yer :)

 

Assalamualaikum..

 

Alhamdulillah saya dah selamat berpantang 10 jun 2015. Terima kasih ye Danita , banyak membantu saya semasa dalam berpantang. Full set RM450 memang berbaloi.

Boreh panas-umpama bedak sejuk dan pilis. Setiap masa saya sapu terutama badan dan dimuka.tak perlu risau kalau x kenakan sebarang make up.skin sentiasa nampak licin dan berseri.

Bunjut mandian herba 3 - selama 44 hari saya jadikan sebagai sauna untuk mandian. Elakkan mandi air paip ya (sbb kesannya seram sejuk nanti jadiknya.hehe). Bunjut herba di rebus bersama air daun (cth daun pandan,serai wangi,mengkudu). Hasilnya memang terasa segar badan..

Sarung Herba & tungku besi - pagi petang x pernah miss bertungku,hasilnya dalam masa 14hari perut cepat kempis,bila scan doktor pakar bilang darah nifas hampir kering,rahim sudah mengecut.hehe..

Minyak serai wangi - urutan pada badan yang lengung-lenguh memang rasa fresh sangat. bau pun wangi.

Balm Baby - boleh sapu kat perut.. tak panas pun.bau pun sedap. Masa baby lahir kepala baby ada bengkak sikit mybe nak keluarkan baby berat 3.72..jd tiap hari saya sapukan balm tu hasilnya alhamdulillah..amazing..

Bengkung Zig Zag - Saya gunakan setiap masa selama 44 hari..mudah nak pakai sendiri.buka kecuali buang air dan mandi. sebelum bengkung saya sapukan krim vene. Kalau pakai secara konsisten insyaAllah perut mmg cepat kempis berat dr 87kg ..dalam tempoh 3 minggu berpantang turun 71kg.. nak usaha turunkan lg 15kg.wahhh

Pendek kata insyaAllah la saya nak beli lagi set danita untuk next baby.eh! Mmg berbaloi.alhamdulillah. Kepada mommy to be!! mesti cuba sebelum menyesal di kemudian hari.Terima kasih Danita Maternity store:)

Puan Raihan Abdullah,Johor Bahru

 

 

 

Jom tengok lagi  feedback ini....

 

 

"Senang berpantang bila dah jumpa set bersalin tradisional yg lengkap dan mudah digunakan. Set Bersalin Danita memang complete. Terima kasih Set Bersalin Danita, memang sangat memudahkan proses berpantang saya"

Pn Hartini, Kuala lumpur

 

 

Nie Koleksi Screenshot Feedback Customer dari Whatsapps.....Utk lebih lagi testimoni klik di sini

 

 

Berbaloikah Pelaburan Ini ?

Anda tak perlu lagi bersusah-payah bertanya orang, tercari-cari bidan kampung atau ke sana-sini mencari herba-herba dan akar kayu untuk kegunaan BERPANTANG.

Dah la susah nak jumpa, dah jumpa, leceh pulak nak disediakan. Sanggup ker?

Usah risau! Jimatkan masa dan wang ringgit anda dengan Set Bersalin Danita. Buat pilihan yang tepat macam ratusan ibu-ibu lain yang dah pernah gunakannya dan mengalami proses berpantang yang paling AWESOME!

 

 

Berapakah Harga Set Bersalin Danita Ini?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Anda Tiada Sebarang Risiko!

Sebagai pengeluar, kami yakin dengan kualiti produk Set Bersalin Danita dan ditambah lagi dengan respon-respon positif dari pengguna, maka kami menawarkan Jaminan 30 hari pemulangan wang jika diatas sebab-sebab tertentu anda tidak berpuas hati dengan produk ini.

Jika testimoni dari pelanggan-pelanggan kami masih tidak cukup untuk meyakinkan anda, anda tidak perlu takut untuk melaburkan wang anda kerana anda dilindungi dengan polisi jaminan pemulangan wang kami.

 

 

Soalan-Soalan Lazim

  • Apa beza Set Bersalin Danita dengan set bersalin lain?

    Set Bersalin Danita didatangkan dengan dua jenis tungku iaitu tungku besi dan tungku herba yang semakin dilupakan. Kombinasi penggunaan kedua-dua tungku ini memang terbaik untuk melancarkan pengeluaran darah kotor.

  • Adakah Set Bersalin Danita selamat digunakan?

    Yer, jangan risau. Set Bersalin Danita selamat digunakan kerana ianya diperbuat dari ramuan herba turun-temurun dan sesetengahnya amat sukar diperolehi pada masa kini. Herba-herba ini telah digunakan sejak zaman nenek moyang kita lagi. Kini, Set Bersalin Danita didatangkan dengan cara pembungkusan dan penggunaan yang lebih mudah, cepat dan praktikal.

  • Betul ke Set Bersalin Danita ni berkesan?

    Herba-herba terpilih dalam Set Bersalin Danita sememangnya terbukti berkesan kerana telah digunakan nenek moyang kita sejak dari dulu lagi. Kami telah banyak membantu ramai ibu-ibu selepas bersalin menjalani proses berpantang dengan mudah dan lebih praktikal.

  • Bila waktu terbaik untuk beli Set Bersalin Danita?

    Ibu-ibu dinasihatkan untuk mula membeli Set Bersalin Danita ketika usia kandungan mencecah 7 bulan. Ini untuk mengelakkan kelam-kabut seandainya berlaku kelahiran awal.

  • Apa itu Boreh Panas?

    Boreh panas adalah serbuk sediaan tradisional 3 dalam 1 yang boleh digunakan sebagai pilis, param atau lulur. Untuk digunakan sebagai pilis atau param, hanya campurkan dengan air. Kalau nak guna sebagai lulur, boleh campurkan dengan susu atau air limau nipis.