
“Alahai,,’merah’ lagi HB aku bulan ni. Mesti kene marah dengan nurse. Habisla nurse Tanya macam-macam nanti. Apa bahayanya hb rendah ni sebenarnya?
Bagi ibu-ibu mengandung, istilah ‘HB LOW’ atau ‘HB RENDAH’ adalah masalah yang paling kerap didengari. Dari segi perubatan, hb low di sebut sebagai ANEMIA. Anemia berpunca daripada kekurangan hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah. Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras Hb dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.
Anemia pula boleh membawa kesan lebih buruk seperti keguguran, kelahiran bayi pramatang, berat bayi tidak cukup, malah ibu yang mengalami anemia akan lebih terkesan. Ibu akan sentiasa lemah, mudah pening dan pitam dan mungkin mengalai komplikasi semasa melahirkan kelak.
BAHAYA HB RENDAH KEPADA IBU HAMIL DAN BAYI
- Letih dan lesu
- Keguguran
- Tumpah darah ketika bersalin
- Kesukaran meneran semasa bersalin
- Kematian ibu
- Pertumbuhan bayi terbantut
- Kelahiran bayi kurang berat badan
- Bayi meninggal dalam kandungan
- Kelahiran bayi pramatang
6 MAKANAN TAMBAH DARAH KETIKA HAMIL
- Daging merah
- Brokoli
- Pisang
- Bayam
- Kerang
- Delima
JANGAN RISAU SANGAT
Untuk makluman ibu-ibu, kira-kira 1 daripada 5 kehamilan adalah berisiko mengalami anemia. Namun ia tidaklah bermakna anda akan menghadapi semua komplikasi yang dinyatakan di atas. Dengan pantauan doktor dan langkah keselamatan yang diambil sejak awal, tidak mustahil anda boleh melahirkan bayi secara normal. Jadi, pastikan anda menjaga kesihatan fizikal serta mental dengan baik seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
Yang penting, jangan terlalu stres ya!