Ibu Hamil Sekalian, Pastikan 9 Makanan Ini Termasuk Dalam Checklist Diet Hamil Anda Ya!
Ibu Hamil Sekalian, Pastikan 9 Makanan Ini Termasuk Dalam Checklist Diet Hamil Anda Ya!

Apabila berbicara bab memenuhi selera ibu hamil ni, sebenarnya penting untuk menitik beratkan keperluan kedua-dua ibu dan bayi. Andai kata berat badan anda tidak naik secukupnya ketika trimester pertama akibat morning sickness yang teruk, berkemungkinan stimulasi rasa lapar berperanan untuk ‘catch-up’ keperluan tubuh yang mungkin terabai ketika itu.

Jadi makanlah dan ‘catch-up’lah tetapi harus tekankan pemilihan makanan terbaik untuk anda dan bayi. Perhatikan jumlah perngambilan kalori harian ketika hamil; dan untuk pengetahuan, anda hanya perlu tambahkan 300 kcal sehari sewaktu dalam trimester dan ekstra 500 kcal dalam trimester ketiga. Diet anda haruslah kaya dengan asid folik, zat besi, protein, kalsium dan vitamins.

Seorang ibu bila dah tahu diri hamil, tentu nak makan yang elok-elok untuk baby bukan? Berikut antara pilihan makanan paling bermanfaat sepanjang tempoh kehamilan yang saya simplified untuk anda gabungan saranan dietician dan ada juga berdasarkan Sunnah Rasulullah SAW:

Kekacang – Bagus kerana ia kaya dengan sumber fiber, protein, zat besi, asid folik, kalsium dan zink. Antara kekacang yang bagus dijadikan kudapan adalah kacang kuda, kacang merah, kacang hitam, kacang soya, gajus dan almond.

Daging – Daging tanpa lemak kaya dengan sumber protein vitamin B6, B12 dan niacin, juga zink serta zat besi dalam bentuk yang sangat mudah diserap oleh tubuh. Daging juga sumber yang bagus untuk membekalkan choline yang diperlukan untuk perkembangan otak dan kemahiran kognitif bayi anda.

Buah-buahan Berries – Padat dengan karbohidrat, vitamin C, mineral potassium, asid folik, dan fiber. Phytonutrients yang terdapat dalam berries juga bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel dari kerosakan akibat radikal bebas. Nikmati salad, smoothies, pancake, yogurt atau pelbagai dessert yang mengandungi blueberries, blackberries, strawberries, raspberries dan pilihan berries lainnya.

Brokoli – Antara sumber yang kaya dengan asid folik, fiber, kalsium, lutein, zeaxanthin, carotenoids yang penting untuk mata yang sihat, dan mineral potassium untuk keseimbangan cecair badan dan mengekalkan tekanan darah yang normal. Bagus brokoli ni, jangan lupa masukkan dalam resepi sayur campur nanti. Kalau bakar atau stim ikan atau ayam, boleh juga masukkan brokoli sekali kira-kira dalam 10 minit terakhir sebelum makanan anda masak sepenuhnya.

Keju (Yang dipasteur) – Tersangatlah padat dengan kalsium, phosphorus dan magnesium untuk kesihatan tulang anda dan perkembangan bayi, juga kaya dengan vitamin B12 dan protein. Pilihlah sumber keju rendah lemak untuk mengurangkan pengambilan kalori.

Telur – Merupakan antara sumber protein yang terbaik kerana ia membekalkan semua asid amino yang diperlukan anda dan bayi. Ia juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting seperti choline, lutein dan zeaxanthin. Pilihlah telur premium yang turut diperkaya dengan omega-3 yang penting untuk perkembangan otak bayi. Tapi pastikan telur yang anda makan masak sepenuhnya, elakkan dari mengambil telur separuh masak ya kerana dikhuatiri mengandungi kuman listeria yang boleh membahayakan bayi anda.

Susu – Seperti keju, susu juga antara sumber kalsium, phosphorus dan vitamin D terbaik yang penting untuk ketahanan tulang ibu dan pembentukan tulang bayi. Susu juga membekalkan folate, protein, vitamin A dan B.

Buah Kurma – antara buahan sunnah yang kaya dengan zat besi, ptotein, fiber, vitamin A, C dan mineral. Kandungan glukosa yang terdapat pada kurma mudah diserap oleh badan dan membekalkan sumber tenaga segera terutamanya ketika berbuka puasa atau bagi mengalas perut. Kandungan potassiumnya bagus untuk kesihatan sistem saraf yang merangsang daya ingatan. Jika diamalkan sebelum bersalin, ia dikatakan boleh membantu memudahkan proses bersalin dan boleh mengecutkan rahim sebagaimana yang diamalkan oleh ibu Nabi Isa, Maryam a.s.

Delima – Merupakan suber antioksidan yang baik dan kaya dengan asid folik yang sedia kita maklum amat penting untuk ibu hamil. Delima membantu mengurangkan alahan ibu hamil, membekalkan tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu, membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan, menyihatkan kulit ibu dan bayi juga mencegah rasa mual.