
Ibu-ibu biasanya mengetahui akan asid folik apabila mereka pergi ke klinik dan dibekalkan oleh doktor dengan asid folik jika disahkan mengandung. Yang sebenarnya, masih ramai yang belum mengetahui bahawa asid folik perlu mula diambil sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum merancang kehamilan. Bahkan, terdapat juga pakar pemakanan yang mengesyorkan untuk memulakan pengambilan asid folik seawal 3 bulan sebelum hamil. Pengambilan awal ini adalah bagi membantu perkembangan janin dengan sempurna dan mengelakkan kecacatan bayi semasa lahir.